Monday, September 2, 2019

Pengenalan kepada Radiologi

Radiologi merupakan sebuah kepakaran perubatan yang berkaitan dengan penggunaan pengimejan terhadap badan manusia untuk melakukan diagnosis dan rawatan terhadap penyakit-penyakit. Kaedah-kaedah pengimejan dilakukan dengan sinaran atau radiasi gelombang, sama ada daripada sumber elektromagnet mahupun mekanikal.
Kaedah-kaedah pengimejan utama yang digunakan termasuklah radiografi sinar-X, ultrabunyi, imbasan tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnet (MRI), Mammografi dan Fluoroskopi. Kerja-kerja dalam bidang radiologi biasanya dilakukan dalam kumpulan yang terdiri daripada pakar radiologi, Pegawai perubatan radiologi, Juru-x-ray dan jururawat.
Mesin X-ray Radiografi Am (foto ehsan google)
Mesin CT(Computed Tomography) (foto ehsan google)
Mesin MRI (foto ehsan google)

No comments:

Post a Comment