Tuesday, September 3, 2019

SEJARAH PERKHIDMATAN RADIOLOGI DI MALAYSIA

1897 - Mesin X-ray telah dihadiahkan kepada Hospital Ipoh sempena perayaan Jubli Intan Queen Victoria.

1910 - Rumah Sakit Umum Kuala Lumpur telah mendapat mesin X-ray yang pertama. Rumah Sakit Umum Pulau Pinang telah mendapat mesin X-ray pada tahun yang sama.

1924 - Bilik gelap pertama untuk memproses filem X-ray telah dibina di Hospital Besar Kuala Lumpur.

1927 - Hospital Seremban telah mendapat peralatan alat X-ray. 1929 Mesin Fluoroskopi yang pertama telah dipasang di Hospital Kuala Lumpur. \

1920 - Dr. Harold Mowat telah dipilih sebagai Pakar Radiologi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dr. PTK Nayar merupakan rakyat tempatan pertama memiliki diploma dalam bidang Radioterapi/Radiologi.

1957 - Dr. Omar bin Din adalah rakyat pertama yang dilantik sebagai Pakar Perunding Radiologi bagi Negeri-negeri Bersekutu. 1963 Sekolah Radiografi pertama telah didirikan di Hospital Besar Kuala Lumpur dengan 14 penuntut bagi sesi pertama.

1967 - Perkhidmatan angiografi jantung telah dimulakan di Hospital Universiti Kuala Lumpur.

1972 - Perkhidmatan Mammografi telah dimulakan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

1977 - Mesin Tomografi Berkomputer (CT Scan) telah dipasang di Institut Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment